Video muzik Pagan_Poetry

Saya ingin mendedahkan beliau (Björk). Beliau sebenarnya agak mentah, kewanitaan dan seksi. Terdapat suatu aspek beliau yang berbeza yang tidak biasa muncul dalam videonya yang lain. Itulah yang saya minta kepadanya untuk lakukan dan itulah yang beliau lakukan. Pakaiannya berhenti sebaik sahaja di bawah dadanya dan beliau telah menjahit mutiara pada kulitnya.[1]

Nick Knight, majalah NME

Tampilan video "Pagan Poetry".

Video muzik bagi "Pagan Poetry" telah diarah oleh jurugambar Nick Knight. Video muzik berkisar tentang "seorang wanita yang sedang bersedia untuk perkahwinan dan kekasihnya". Video ini merupakan satu daripada video Björk yang bersifat kontroversi.

Dalam video ini, Björk dapat dilihat sedang 'memakai baju pengantinnya' dengan menindik dirinya sendiri. Video muzik ini juga mengandungi rakaman menunjukkan aktiviti seks antara Björk dengan kekasih sebenarnya, Matthew Barney. Rakaman ini telah diherotbenyotkan di dalam video tersebut. Sebelum penggambaran video, Björk telah meminta agar kehidupan seks sebenarnya dimuatkan ke dalam video.[2] Video ini berakhir dengan babak korset yang telah dijahit pada kulit.

Pakaian Björk dalam video ini telah direka oleh pereka fesyen yang bernama Alexander McQueen. Pakaian tersebut hanya menutupi bahagian bawah badan Björk, sementara bahagian atas badannya hanya dilitupi (secara jarang) dengan mutiara.

Video muzik ini telah diharamkan penyiarannya di saluran MTV di Amerika Syarikat, namun akhirnya disiarkan jua di dalam rancangan yang bertajuk "20 Most Controversial Music Videos" (20 Video-video Muzik Paling Kontroversi).